Duration 59:43

Sastera Islam dan Remaja: Membentuk Peribadi Ulung Generasi Muda

195 watched
0
5
Published 28 Jul 2020

Sastera memainkan peranan penting dalam menentukan budaya dan nilai dalam masyarakat. Karya sastera juga tidak dapat lari daripada membawa nilai yang berkait dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Persoalannya, adakah nilai sastera ini mendapat tempat dalam kalangan remaja masa kini? Saksikan wacana kesusasteraan remaja yang bertajuk “Sastera Islam dan Remaja: Membentuk Peribadi Ulung Generasi Muda”. Wacana ini melibatkan perbincangan moderator Dr. Norhayati Md. Yatim, dari Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) bersama-sama ahli panel Dr. Mana Sikana (penulis/pengkritik) serta Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin, dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). #GerakanDekadBahasaKebangsaan #DekadMembacaKebangsaan #BahasaJiwaBangsa #MalaysiaMembaca #KLWBC2020 #MenitiJejak64TahunDBP #PMBInvestment

Category

Show more

Comments - 1